Hakikat Insan dan Bina Insan
Hati adalah sangat penting kerana ia adalah kuasa penggerak dalam diri manusia. Jika hati dikuasai kebenaran, maka ia akan menunjukkan kebaikan. Jika sebaliknya pula, ia akan menunjukkan kejahatan. Hati yang dipenuhi kebaikan adalah hati yang berkualiti tinggi. Manakala hati yang dikuasai kejahilan adalah hati yang berkualiti rendah. KPAKK
Apakah yang menyebabkan hati berkualiti rendah atau tinggi?
Faktor-faktor yang menyebabkan hati berkualiti rendah.
i. Kekurangan didikan agama
- * Kekurangan didikan agama menyebabkan ramai yang terpengaruh dalam pergaulan yang tidak sihat. Hal ini berlaku kerana kekurangan pengetahuan dalam membezakan yang mana haram dan yang mana halal menyebabkan hati seseorang sentiasa diselubungi dengan perkara-perkara yang negatif. KPAKK
ii. Pandangan bahawa kebaikan memerlukan pengorbanan
- * Memikirkan bahawa kebaikan memerlukan pengorbanan adalah antara punca seseorang mempunyai hati yang berkualiti rendah. Ia adalah kerana, biasanya kebaikan yang dilakukan tidak mendapat balasan terus seperti berbuat jahat. Contohnya seperti membantu seseorang vs merompak. Apabila kita membantu seseorang, kita tidak akan mendapat balasan secara langsung seperti mendapat habuan berupa duit yang lumayan berbanding merompak. Jika kita merompak, kita akan terus mendapat habuannya serta merta. KPAKK
iii. Hati sukar memaafkan
- * Apabila terlalu sukar memaafkan, kemarahan yang dirasai akan berubah menjadi benci lalu benci berubah menjadi dendam. Hal ini menyebabkan menyebabkan hati sentiasa berfikiran negatif kerana hati tidak dapat melihat hikmah dan kebaikan dalam memaafkan. KPAKK
Faktor-faktor yang menyebabkan hati berkualiti tinggi.
i. Sentiasa mengingati ajaran tuhan
- * Tidak ada satu pun agama di dunia ini yang mendorong manusia ke arah kejahatan. Dengan sentiasa mengingati ajaran tuhan, kita akan dapat bersabar dan bertenang setiap kali menghadapi dugaan dan cabaran. Melalui cara ini, seseorang akan dapat mengelakkan diri daripada berfikiran negatif. KPAKK
ii. Optimis tentang masa depan
- * Positiflah tentang masa depan. Yakinlah bahawa kebaikan yang kita lakukan hari ini akan mendapat berganda balasan kebaikan di masa depan. KPAKK
iii. Mengatasi emosi diri
- * Mengatasi emosi diri perlu dimulakan dengan pengawalan emosi itu sendiri. Kita perlu sentiasa melawan dan membuang kehendak-kehendak diri yang negatif. Melalui cara ini, barulah kita dapat memiliki hati yang berkualiti tinggi. KPAKK
Hati mesti dipimpin agar ia menjadi bersih kerana membersihkan hati adalah wajib. Bila hati bersih, ia akan membersihkan seluruhnya kehidupan zahir dan batin.
No comments:
Post a Comment