Pages

Wednesday, 27 January 2016

KOMUNIKASI

Definisi

Komunikasi pada asalnya bermula dari bahasa Latin iaitu Communis yang bermaksud "sama". Terdapat juga istilah bahasa Inggeris iaitu Common yang membawa maksud "sama". Secara umumnya, komunikasi adalah proses menciptakan suatu kesamaan pemikiran di antara pengirim dan penerima.

Komunikasi berkesan pula bermaksud satu proses penyampaian maklumat dari penyampai kepada penerima yang akan menghasilkan maklum balas dan tindak balas.

Komunikasi boleh berlangsung mengikut pelbagai kategori iaitu:
1. Komunikasi Intrapersonal
- bermonolog dengan diri sendiri untuk membuat pilihan/keputusan dalam diri sendiri (perasaan/nilai/iman)

2. Komunikasi Interpersonal
- komunikasi antara dua orang secara tidak formal

3. Komunikasi Kumpulan Kecil
- sepuluh orang ke bawah secara formal/tidak formal untuk mendapatkan satu persetujuan/keputusan tentang sesuatu perkara

4. Komunikasi Awam
- di kenali sebagai pengucapan awam (seorang kepada ramai orang)
- pergualan dengan orang awam

5. Komunikasi Massa
- sebaran umum menggunakan alat media berbentuk sehala dan betrindak balas mengambil massa

6. Komunikasi Organisasi
- komunikasi yang berlaku dalam organisasi antara majikan dengan pekerja/sesama pekerja

Proses Komunikasi


Elemen Komunikasi

a. penyampai
- individu yang menunujukkan perlakuan berkomunikasi melalui perkataan lisan dan buka lisan
b. penerima
- individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampai maklumat
c. maklumat/mesej
- maksud/fakta/niat yang difahami oleh penerima maklumat
d. maklum balas
- perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesej sebagai tindak balas kepada mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej
e. saluran
- media penyampai maklumat dan pemberi mesej kepada penerima mesej
- saluran paling asas melalui pendengaran dan penglihatan
- saluran-saluran tambahan : media elektronik, lukisan di kanvas, bahan cetakan dan sebagainya
f. konteks (persekitaran/situasi)
- keadaan (situasi) penyampai mesej daripada pemberi mesej kepada penerima mesej

Kepentingan Komunikasi Berkesan
i. menjimatkan masa
ii. sama hala tuju dan matlamat
iii. memudahkan perubahan
iv. memanfaatkan intelek manusia
v. sistem kawalan efektif
vi. mengurangkan kesilapan
vii. kepimpinan berkesan
viii. kerja berbaloi hasilnya

Faktor-faktor penghalang serta cara menghadapinya

1. Faktor Dalaman
a. pengalaman
b. sikap
c. pengetahuan
d. emosi
e. kepercayaan
f. kepentingan

2. Faktor Luaran
a. cuaca
b. masa
c. fizikal
d. suhu
e. bunyi

Cara untuk mengatasi gangguan dalam komunikasi
1. berlatih untuk mempunyai fikiran yang terbuka
2. mewujudkan kepercayaan terhadap individu yang terlibat dalam proses komunikasi
3. kikiskan segala prasangka terhadap individu-individu lain
4. jangan biarkan pengalaman silam menguasai pemikiran
5. anggap setiap yang disampaikan penting
6. pastikan mesej yang hendak disampaikan jelas dengan struktur bahasa yang mudah di fahami
7. komunikasi pada masa dan cuaca yang sesuai
8. komunikasi pada tempat dan suhu yang selesa

Komunikasi Verbal (lisan)
- menggunakan suara dan bahasa yang difahami oleh penyampai ddan penerima
- jenis komunikas lisan:
i. perbualan
ii. perbincangan
iii. ucapan
iv. pembentangan
v. mesyuarat

Ciri komunikasi lisan yang berkesan:
i. menyatakan objektif komunikasi dengan jelas
ii. bertujuan untuk membina kemesraan
iii. buang segala halangan fizikal (jarak/sekatan) dan psikologi (perasaan)
iv. belai komunikasi - fizikal (sentuhan) dan psikologi (perasaan)

Unsur fizikal dalam komunikasi lisan
i. jabat tangan, pandang tepat di muka dan senyum
ii. pastikan jarak perbualan yang sesuai
iii. pegang, belai, urut
iv. dengar dengan bersungguh-sungguh (supaya orang lain merasa diri mereka penting)
v. kekalkan hubungan mata
vi. beri hadiah, kad, nota dan sebagainya

Kebaikan dan keburukan komunikasi lisan

Kebaikan
1. mesej sampai tepat
2. maklum balas boleh diperoleh dengan cepat
3. komunikasi lisan kebanyakkan secara tidak formal dn kejujuran penghantar boleh dirasakan 
4. lebih meyakinkan

Keburukan
1. penghantar yang tidak mahir mungkin tidak dapat menyampaikan mesej dengan baik
2. tiada rekod simpanan kerana berbentuk tidak nyata seperti bercakap
3. mesej tidak kekal
4. ambil masa lama

Komunikasi Non Verbal (bukan lisan)

* mesej yang diluahkan serta dipamerkan secara bukan linguistik
* komunikasi berlangsung dengan menggunakan:
- memek muka dan pergerakan mata
- gerak badan
- bahasa isyarat
- personaliti

Jenis komunikas bukan lisan

1. Kinestetik (pergerakan)
- gestures (tangan sahaja)
- postures (anggota badan lain)
- memek muka
- kontak mata

2. Proksemik (ruang & peribadi)

3. Para Linguistik (intonasi & nada suara)

4. Penampilan diri & imej

Kepentingan komunikasi bukan lisan
- kaedah utama melepaskan perasaan dan sikap kepada orang lain
- lebih dipercayai berbanding dengan mesej verbal & memainkan peranan penting dalam pembentukan hubungan antara perseorangan

Sifat-sifat komunikasi bukan verbal
- mempunyai nilai komunikasi
- kabur
- mempunyai banyak fungsi sosial
- terikat dengan budaya
- mesej melalui berbagai saluran
- berlaku tanpa disedari / tidak sengaja 
- kesannya lebih berpengaruh

Kebaikan dan keburukan komunikasi bukan lisan

Kebaikan
1. mesej boleh disesuaikan dengan bakal penerima
2. tiada had penerima maklumat seperti akhbar

Keburukan
1. maklum bals tidak diterima dengan segera
2. kemungkinan penerima hanya memahami sebahagian mesej sahaja

Kaedah mewujudkan komunikasi berkesan berasaskan panduan komunikasi berkesan 7K
1. Kepercayaan
2. Konteks
3. Kandungan
4. Kejelasan 
5. Keupayaan pendengar
6. Kaedah
7. Kesinambungan

No comments:

Post a Comment