Pages

Thursday, 28 January 2016

KEMAHIRAN INTERPERSONAL

Konsep

* komunikasi antara individu dengan individu lain yang berkomunikasi dengan sekumpulan individu lain di mana mereka saling bertukar pendapat, gerak, isyarat/simbol dengan tujuan untuk memberi dan bertukar maklumat
* sentiasa bergerak dan sentiasa mempengaruhi antara satu sama lain
* mempunyai makna yang tersurat dan tersirat

2 Ciri Utama

i. peringkat maklumat
- penyampaian fakta, idea dan pandangan

ii. peringkat perhubungan
- mewujudkan hubungan perasaan, sikap dan nilai

Pra syarat komunikasi interpersonal berkesan
i. membina hubungan sosial
ii. wacana ilmu
iii. perundingan
iv. kerjaya
v. komuniti
vi. bimbingan

Perlakuan menyekat
i. menyekat dan memerintah
ii. amaran dan ancaman
iii. beri nasihat - harus/tidak harus
iv. beri penyelesaian/cadangan
v. mengejek/melabel nama

Perlakuan menyokong
i. senyap
ii. respon yang minima
iii.  kedudukan fizikal badan
iv. menggalakkan (meluahkan perasaan/bercakap)
v. mendengar dengan aktif

Zon jarak komunikasi interpersonal

Zon intim
15cm - 46cm
Pasangan & Keluarga

Zon peribadi
46cm - 1.2m
Kawan-kawan & sahabat

Zon sosial
1.2m - 3.6m
Membeli-belah, terima surat dari posmen

Zon awam
3m - 6m
Ceramah / kuliah

Kemahiran Mendengar & Ciri-ciri Mendengar

Definisi
* keupayaan mendengar dengan teliti, memahami perkara yang di dengar dalam pelbagai situasi serta dapat memberi maklum balas

3 Peringkat Kemahiran Mendengar

Awal
- mengecam, mengajuk dan memilih bunyi
- mendengar, mengecam makna perkataan, rangkai kata, frasa & ayat
- menjawab soalan dengan mudah

Pertengahan
- mengecam & mengingat fakta
- mengenal informasi spesifik
- mengesan urutan
- proses mengenal sebab & akibat
- mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi
- mengenal sikap & perasaan orang yang sedang bercakap

Maju
- mengenal isi-isi penting
- mengenal peranan & hubuungan
- mentafsir
- mencari jalan penyelesaian
- mengikut aliran dalam dialog

Jenis-jenis kemahiran mendengar

1. Mendengar secara aktif
- mendengar secara interaktif
- melibatkan kedua-dua pihak iaitu penutur & pendengar yang masing-masing berperanan secara aktif semasa sesi perbualan tersebut

Ciri-ciri kemahiran mendengar secara aktif
i. intensif
ii. empati
iii. membina kemahiran mendengar
iv. membina kemahiran bertindak balas

2. Mendengar secara pasif
- tidak melibatkan tindak balas secara langsung oleh pendengar

Interpretasi Badan

* melibatkan kedudukan fizikal pergerakan badan serta tangan & ekspresi wajah

Kepentingan memahami komunikasi badan
- memberi gambaran tentang personaliti seseorang individu
- salah satu kounikasi bukan lisan

Jenis komunikasi badan

Komunikasi tangan
- tangan & muka
- tangan & badan
- tangan bersalaman

Komunikasi muka
- senyuman
- renungan mata

Komunikasi kepala

Komunikasi Renungan Mata
i. mengelakkan bertemu mata dengan individu lain - tidak berminat/berbohong
ii. renungan mata difokuskan kepada bahagian kedua belah mata hingga dahi individu yang berbual dengannya  - hal kerja & perniagaan
iii. renungan mata di sekitar mata, hidung & mulut - santai & sosial
iv. renungan mata di sekitar mata, hidung hingga dada - intim & peribadi

No comments:

Post a Comment