Pengenalan
Untuk membina insan guru yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta cemerlang dalam semua aspek, seorang guru perlulah menjalani latihan dari segi mental dan fizikal yang bersesuaian sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran profesion perguruan.
Hari Pertama (15 Januari 2016)
(10.00am - 2.30pm)
Hari ini merupakan hari pertama Kem Bina Insan Guru bagi saya dan rakan-rakan di kem Nur Lembah Pangsun. Pada mulanya, saya tidak rasa bersemangat untuk menyertai kem ini namun saya teruskan juga memandangkan kem ini diwajibkan bagi semua pelajar. Tepat jam 9.00am, kami sampai di kolej dengan barang-barang keperluan masing-masing. Selesai mengangkat barang, kami mendaftarkan diri. Kem ini dimulakan dengan taklimat daripada registrar. Selepas itu, kami di minta untuk mempersembahkan lagu tema bagi kem ini iaitu Gemuruh Jiwa bagi menaikkan semangat kami.
Tepat jam 12.30pm, kami bertolak ke kem Nur Lembah Pangsun. Fasilitator dan pelajar lelaki singgah menunaikan solat jumaat sebelum meneruskan perjalanan. Setibanya di sana, kami terus menuju ke kantin dan makan tengahari. Selesai makan tengahari, kami di minta ke surau untuk menunaikan solat zohor. Kami diberikan taklimat ringkas oleh fasilitator-fasilitator yang mengiringi kami dan pegawai kem. Sesudah taklimat, Oleh kerana kem ini melibatkan dua kumpulan yang berbeza, fasilitator memilih kami secara rawak sahaja
(2.30pm - 9.00pm)
Sesi 2 (Ice Breaking & Pembentukan Kumpulan)
Sesi kedua ialah ice breaking. Saya tidak mempunyai pengalaman mengikuti mana-mana kem sebelum ini. Jadi saya masih tertanya-tanya akan aktiviti yang bakal dilakukan untuk sesi ini. Sesi ini dikendalikan oleh En. Zaim iaitu fasilitator yang di jemput khas daripada UPSI dan dimulakan dengan nyanyian lagu Gemuruh Jiwa serta Orang Bilang. Terdapat banyak aktiviti yang dilakukan dan semuanya mempunyai objektif yang tertentu. Namun aktiviti yang paling menarik perhatian saya ialah apabila kami di minta berpasangan dengan seseorang yang kami tidak pernah bercakap sebelum itu. Dalam sekelip mata saya pergi kepada seorang kakak dari Kohort B dan terus memegang tangannya menandakan kakak itu ialah pasangan saya. Kami saling berpandangan dan ketawa bersama. Ia pengalaman yang baru bagi saya kerana saya adalah jenis orang yang mengambil masa yang lama untuk bergaul dengan orang baru.
Setelah semua aktiviti untuk sesi ice breaking selesai barulah kami dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan. Saya termasuk dalam kumpulan Strawberry Strong. Kumpulan ini mempunyai 8 orang ahli. Antara ahli kumpulan ini ialah Kak Su, Kak Imah, Kak Rini, Kak Nadia, Isman, Syida, Teva dan saya sendiri.
Selesai sesi kedua, kami diminta ke surau untuk menunaikan solat asar. Sesudah solat, kami dijamu minuman petang. Fasilitator mengarahkan kami masuk semula ke dorm bagi membersihkan diri dan bersedia untuk makan malam, solat magrib dan sesi yang sterusnya.
(9.00pm - 11.30pm)
LDK 1 : Visi dan Misi Kepimpinan Berkumpulan
Pada sesi ini, kami didedahkan dan diberi penerangan mengenai visi dan misi kolej kami iaitu Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak. Sesi ini dikendalikan oleh Miss Tina iaitu salah seorang fasilitator yang mengiringi kami dan dibantu oleh Miss Nadia.
Setelah itu, setiap kumpulan diminta untuk mencipta visi dan misi masing-masing sepanjang berada dalam kem.
Sesi 3 (Kolam Jiwa - Kerohanian)
Sesi ini dikendalikan oleh En. Hazwan. Sesi ini lebih kurang macam malam penghayatan tapi bukan. Pada saya sesi ini seperti muhasabah diri kemudian perbaiki diri. Fasilitator berkongsi pengalaman hidupnya sendiri. Dalam sesi ini, En. Hazwan meminta peserta menuang air berwarna hitam ke dalam air yang jernih. Air yang telah kotor itu boleh dibersihkan semula dengan memasukkan air jernih ke dalam air yang kotor itu. En. Hazwan mengaitkan air itu dengan jiwa manusia.
Selesai sesi 3, kami dijamu dengan minuman malam. Selepas itu, barulah kami diarahkan masuk semula ke dorm untuk berehat dan bersedia untuk aktiviti keesokannya.
Hari Kedua (16 Januari 2016)
(4.00am - 8.30am)
Kesemua peserta bangun seawal jam 4.00am untuk bersiap-siap ke surau bagi Qiamulail, solat subuh dan juga tazkirah. Selepas itu, kami diminta berkumpul ruangan tempat letak kereta untuk senaman pagi. Selesai senaman pagi, kami diminta pula berkumpul di kantin untuk sarapan pagi.
(8.30am - 4.00pm)
Sesi 4 (Kemahiran Kerja Berkumpulan)
Pada sesi ini, kami diminta untuk bermain permainan Baling Selipar. Perkara yang saya pelajari dalam permainan ini ialah komunikasi, kerjasama dan strategi berkumpulan adalah sangat penting bagi mencapai sesuatu matlamat bersama. Walaupun kumpulan kami tidak memenangi permainan ini tetapi kami masih lagi bersorak untuk kumpulan yang kami sokong. So moral of the game, kalau sudah kalah, bagilah semangat untuk kumpulan lain pula. Sebab kalau kumpulan tu menang, kita boleh tumpang gembira juga.
Sesi 5 (Pond Rafting)
Permainan ini adalah antara favourite saya dalam kem ini. apa yang menarik ialah, kumpulan yang telah dibentuk dalam sesi 2 dipecahkan semula kepada 4 kumpulan. So orang baru, cara baru dan situasi baru which is very interesting to me. Saya tidak begitu biasa dengan perkara yang baru tapi
saya cuba untuk "follow the flow" dan akhirnya saya dapati, perkara yang baru itu menarik juga. Kumpulan kami mempunyai 11 orang ahli. Dalam permainan ini juga, semangat berpasukan sangat penting. Komunikasi, kerjasama dan strategi adalah sangat diperlukan. Dan "Yeahhhh!!!!!!" kumpulan kami memenangi permainan ini.
Selesai semua aktiviti, kami diberikan kebenaran pulang ke dorm masing-masing untuk membersihkan diri dan bersiap untuk makan tengahari, solat zohor dan aktiviti yang seterusnya.
(4.00pm - 9.00pm)
Pada sesi ini, kami dibertahu tentang tema bagi aktiviti malam kebudayaan. Tema malam kebudayaan kami ialah Kenduri Kahwin. Kumpulan saya iaitu Strawberry Strong mendapat tugasan sebagai Keluarga Pengantin Lelaki. Isman iaitu satu-satunya peserta lelaki bagi kem ini ditugaskan menjadi pengantin lelaki. Keluarga pengantin perempuan pula daripada kumpulan Mangosteen dan pengantin perempuannya ialah Atiqah.
Dalam aktiviti ini, kami diminta membuat 2 lirik lagu baru bagi lagu kanak-kanak yang berkaitan dengan kenduri kahwin. Kami diberikan masa untuk berbincang. Sesudah selesai, kami diberi kebenaran pulang ke dorm untuk bersiap bagi makan malam, solat Magirib, tazkirah dan solat Isyak.
(9.00pm - 11.30pm)
Aktiviti malam kebudayaan berlangsung dan persembahan dimenangi oleh kumpulan mangosteen. Persembahan mereka yang ala-ala dikir barat tu menarik perhatian semua peserta dan fasilitator. Secara tidak langsung, kemeriahan kenduri kahwin itu dapat dirasai.
Selesai malam kebudayaan, kami dijamu minum malam. Selepas itu, kami dibenarkan pulang ke dorm masing-masing.
Hari Ketiga (17 Januari 2016)
(4.00am - 8.30am)
Pada hari ketiga, semangat untuk pulang ke rumah semakin dirasai. Semua barang keperluan telah dikemas lebih awal bagi mengelakkan ada barang yang tertinggal. Tepat jam 5.00am, kami diminta datang ke surau untuk qiamulail, solat subuh dan tazkirah subuh.
Selesai di surau, kesemua peserta berkumpul di tempat letak kereta untuk senaman pagi. Selepas itu, kami diminta ke kantin untuk sarapan pagi.
(8.30am - 9.30am)
Sesi 11 LDK 5 (Race Againts Time)
Pada sesi ini, setiap kumpulan diberikan satu senarai stesen yang perlu kami lalui. Terdapat 6 stesen. Setiap stesen dikendalikan oleh seorang fasilitator dan setiap fasilitator mempunyai permainan mereka sendiri. Permainan yang menarik perhatian saya ialah permainan di stesen En. Fahmi, Miss Nadia dan En. Os. Namun kumpulan kami tidak sempat singgah di stesen En. Hazwan kerana kehabisan masa.
(9.30am - 12.00am)
Setelah permainan selasai, kami dibenarkan pulang ke dorm untuk mengemas barang, membersihkan diri dan sebagainya.
Selesai di dorm, kami diminta berkumpul semula di dalam dewan untuk majlis penutupan dan minum pagi. Sesudah minum pagi, kami diarah berkumpul di kantin untuk makan tengahari. Siap makan, diadakan sesi bergambar.
Akhirnya, tepat jam 12.00am, kami pun bertolak pulang.
kpakk
kem bina insan guru
No comments:
Post a Comment