30 Jan..birthday farah ain..
Happy birthday to u..
Happy birthday to u..
Happy birthday to u NFS..
Happy birthday to u..
Selepas singgah di beberapa tempat..akhirnya kami pn sampai d destinasi sebenar kami iaitu berjaya times square..lebih tepat lagi..d tempat yg ada roller coaster tu..hehe..
Actually..it was my first time pergi ke tempat tu..datang tempat ni pun sebab kami mo celebrate birthday kawan cantik yang satu ni, terkejut la juga bila dengar bayaran masuk untuk adult yg ada mykad..rm41..huhu..lama saya berfikir..join atau tidak..tapi bila teringat hari tu birthday kawan dan d bagitahu pula yang kita boleh main permainan di situ seberapa banyak kali yang kita mahu..ok..saya pn join la..
Inilah birthday girl..cantik kn?hehehehe..namanya NFS..kenal dia ni baru masuk 4bulan..tapi kami rapat macam sudah bertahun-tahun kenal..overall..dia ni happy go lucky orangnya..kalau cara orang sabah..boleh cakap dia ni gila..hahahaha..
Dengan dia..boleh dikatakan, sepanjang masa saya ketawa..dia ni lah kawan saya makan tengah2 malam..kawan tidur lewat..trep belajar tapi sebenarnya tidur..haha..kami kongsi banyak perkara bersama.. (yang lain rahsia) hehe..
Nampak tu?yes...kami sabahan.. #jangankecamkami #kamibaik (official tagline)
Sampai di tempat tu..perkara pertama yg birthday girl ni sebut ialah 'roller coaster'..huh..
Berani sungguh..saya tengok roller coaster tu pun sudah takut..tp 2F ni blh pula excited sangat..
Lepas adegan tolak tarik antara kami berempat..akhirnya 2F ni pun setuju main roller coaster tu tanpa saya dan Miss Janet..kami turun bawah dan nampak permainan ni..
Tengok permainan ni macam tidak heavy sangat..jadi saya dan Miss Janet pun setuju lah untuk main permainan ni..bila benda ni sudah mula berpusing-pusing..rasa jantung tu terjatuh entah di mana..kami cuma menjerit sepanjang permainan tu..dalam hati berdoa supaya benda tu cepat2 stop..
Habis satu round, kami pun trun lah..hajat hati mau berehat..tapi boleh pula budak 2F ni bawa kami naik balik benda ni..time tu kepala masih rasa ok lagi..jadi kami pun layan la demi birthday girl yg satu orang ni..round ni, sy dan Miss Janet tidak mampu menjerit lagi..tapi adik 2F tu boleh lagi ketawa-ketawa sambil merakam..memang tabik (ternyata kamu hebat)..habis round kedua, atas kepala saya sudah mula sejuk..Fazeera aka F1 pun down..tinggal la birthday girl yang masih excited dengan permainan ni bersama Miss Janet..diorang berdua main lagi permainan ni..haha
Saya dan F1 cuma merenung dari jauh..hmmm..birthday girl kepala kuat dan Miss Janet yang trep tenang..hahahaha (sebenarnya jealous) huhuhuhu..
(time tulis entry ni pun, kepala boleh pening lagi..memang aura tempat ni kuat sangat)
(F1 pun taubat..tidak mau datang tempat ni lagi..dia marah dengan roller coaster..hihi..huhu..haha..)
(nasib baik tiada muntah hijau) hahahahahaha..
ok..ini sahaja la untuk entry kali ni..saya pening..haha
to birthday girl..
terima kasih sebab datang dan menceriakan hidup saya..thanks for being my friend..senyum and ketawa la selalu..sebab bila kau senyum and ketawa..saya pun ikut sama..
LOVE U SO MUCH..
my mizzy
Friday, 5 February 2016
Friday, 29 January 2016
LAPORAN KEM BINA INSAN GURU
Pengenalan
Untuk membina insan guru yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta cemerlang dalam semua aspek, seorang guru perlulah menjalani latihan dari segi mental dan fizikal yang bersesuaian sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran profesion perguruan.
Hari Pertama (15 Januari 2016)
(10.00am - 2.30pm)
Hari ini merupakan hari pertama Kem Bina Insan Guru bagi saya dan rakan-rakan di kem Nur Lembah Pangsun. Pada mulanya, saya tidak rasa bersemangat untuk menyertai kem ini namun saya teruskan juga memandangkan kem ini diwajibkan bagi semua pelajar. Tepat jam 9.00am, kami sampai di kolej dengan barang-barang keperluan masing-masing. Selesai mengangkat barang, kami mendaftarkan diri. Kem ini dimulakan dengan taklimat daripada registrar. Selepas itu, kami di minta untuk mempersembahkan lagu tema bagi kem ini iaitu Gemuruh Jiwa bagi menaikkan semangat kami.
Tepat jam 12.30pm, kami bertolak ke kem Nur Lembah Pangsun. Fasilitator dan pelajar lelaki singgah menunaikan solat jumaat sebelum meneruskan perjalanan. Setibanya di sana, kami terus menuju ke kantin dan makan tengahari. Selesai makan tengahari, kami di minta ke surau untuk menunaikan solat zohor. Kami diberikan taklimat ringkas oleh fasilitator-fasilitator yang mengiringi kami dan pegawai kem. Sesudah taklimat, Oleh kerana kem ini melibatkan dua kumpulan yang berbeza, fasilitator memilih kami secara rawak sahaja
(2.30pm - 9.00pm)
Sesi 2 (Ice Breaking & Pembentukan Kumpulan)
Sesi kedua ialah ice breaking. Saya tidak mempunyai pengalaman mengikuti mana-mana kem sebelum ini. Jadi saya masih tertanya-tanya akan aktiviti yang bakal dilakukan untuk sesi ini. Sesi ini dikendalikan oleh En. Zaim iaitu fasilitator yang di jemput khas daripada UPSI dan dimulakan dengan nyanyian lagu Gemuruh Jiwa serta Orang Bilang. Terdapat banyak aktiviti yang dilakukan dan semuanya mempunyai objektif yang tertentu. Namun aktiviti yang paling menarik perhatian saya ialah apabila kami di minta berpasangan dengan seseorang yang kami tidak pernah bercakap sebelum itu. Dalam sekelip mata saya pergi kepada seorang kakak dari Kohort B dan terus memegang tangannya menandakan kakak itu ialah pasangan saya. Kami saling berpandangan dan ketawa bersama. Ia pengalaman yang baru bagi saya kerana saya adalah jenis orang yang mengambil masa yang lama untuk bergaul dengan orang baru.
Setelah semua aktiviti untuk sesi ice breaking selesai barulah kami dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan. Saya termasuk dalam kumpulan Strawberry Strong. Kumpulan ini mempunyai 8 orang ahli. Antara ahli kumpulan ini ialah Kak Su, Kak Imah, Kak Rini, Kak Nadia, Isman, Syida, Teva dan saya sendiri.
Selesai sesi kedua, kami diminta ke surau untuk menunaikan solat asar. Sesudah solat, kami dijamu minuman petang. Fasilitator mengarahkan kami masuk semula ke dorm bagi membersihkan diri dan bersedia untuk makan malam, solat magrib dan sesi yang sterusnya.
(9.00pm - 11.30pm)
LDK 1 : Visi dan Misi Kepimpinan Berkumpulan
Pada sesi ini, kami didedahkan dan diberi penerangan mengenai visi dan misi kolej kami iaitu Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak. Sesi ini dikendalikan oleh Miss Tina iaitu salah seorang fasilitator yang mengiringi kami dan dibantu oleh Miss Nadia.
Setelah itu, setiap kumpulan diminta untuk mencipta visi dan misi masing-masing sepanjang berada dalam kem.
Sesi 3 (Kolam Jiwa - Kerohanian)
Sesi ini dikendalikan oleh En. Hazwan. Sesi ini lebih kurang macam malam penghayatan tapi bukan. Pada saya sesi ini seperti muhasabah diri kemudian perbaiki diri. Fasilitator berkongsi pengalaman hidupnya sendiri. Dalam sesi ini, En. Hazwan meminta peserta menuang air berwarna hitam ke dalam air yang jernih. Air yang telah kotor itu boleh dibersihkan semula dengan memasukkan air jernih ke dalam air yang kotor itu. En. Hazwan mengaitkan air itu dengan jiwa manusia.
Selesai sesi 3, kami dijamu dengan minuman malam. Selepas itu, barulah kami diarahkan masuk semula ke dorm untuk berehat dan bersedia untuk aktiviti keesokannya.
Hari Kedua (16 Januari 2016)
(4.00am - 8.30am)
Kesemua peserta bangun seawal jam 4.00am untuk bersiap-siap ke surau bagi Qiamulail, solat subuh dan juga tazkirah. Selepas itu, kami diminta berkumpul ruangan tempat letak kereta untuk senaman pagi. Selesai senaman pagi, kami diminta pula berkumpul di kantin untuk sarapan pagi.
(8.30am - 4.00pm)
Sesi 4 (Kemahiran Kerja Berkumpulan)
Pada sesi ini, kami diminta untuk bermain permainan Baling Selipar. Perkara yang saya pelajari dalam permainan ini ialah komunikasi, kerjasama dan strategi berkumpulan adalah sangat penting bagi mencapai sesuatu matlamat bersama. Walaupun kumpulan kami tidak memenangi permainan ini tetapi kami masih lagi bersorak untuk kumpulan yang kami sokong. So moral of the game, kalau sudah kalah, bagilah semangat untuk kumpulan lain pula. Sebab kalau kumpulan tu menang, kita boleh tumpang gembira juga.
Sesi 5 (Pond Rafting)
Permainan ini adalah antara favourite saya dalam kem ini. apa yang menarik ialah, kumpulan yang telah dibentuk dalam sesi 2 dipecahkan semula kepada 4 kumpulan. So orang baru, cara baru dan situasi baru which is very interesting to me. Saya tidak begitu biasa dengan perkara yang baru tapi
saya cuba untuk "follow the flow" dan akhirnya saya dapati, perkara yang baru itu menarik juga. Kumpulan kami mempunyai 11 orang ahli. Dalam permainan ini juga, semangat berpasukan sangat penting. Komunikasi, kerjasama dan strategi adalah sangat diperlukan. Dan "Yeahhhh!!!!!!" kumpulan kami memenangi permainan ini.
Selesai semua aktiviti, kami diberikan kebenaran pulang ke dorm masing-masing untuk membersihkan diri dan bersiap untuk makan tengahari, solat zohor dan aktiviti yang seterusnya.
(4.00pm - 9.00pm)
Pada sesi ini, kami dibertahu tentang tema bagi aktiviti malam kebudayaan. Tema malam kebudayaan kami ialah Kenduri Kahwin. Kumpulan saya iaitu Strawberry Strong mendapat tugasan sebagai Keluarga Pengantin Lelaki. Isman iaitu satu-satunya peserta lelaki bagi kem ini ditugaskan menjadi pengantin lelaki. Keluarga pengantin perempuan pula daripada kumpulan Mangosteen dan pengantin perempuannya ialah Atiqah.
Dalam aktiviti ini, kami diminta membuat 2 lirik lagu baru bagi lagu kanak-kanak yang berkaitan dengan kenduri kahwin. Kami diberikan masa untuk berbincang. Sesudah selesai, kami diberi kebenaran pulang ke dorm untuk bersiap bagi makan malam, solat Magirib, tazkirah dan solat Isyak.
(9.00pm - 11.30pm)
Aktiviti malam kebudayaan berlangsung dan persembahan dimenangi oleh kumpulan mangosteen. Persembahan mereka yang ala-ala dikir barat tu menarik perhatian semua peserta dan fasilitator. Secara tidak langsung, kemeriahan kenduri kahwin itu dapat dirasai.
Selesai malam kebudayaan, kami dijamu minum malam. Selepas itu, kami dibenarkan pulang ke dorm masing-masing.
Hari Ketiga (17 Januari 2016)
(4.00am - 8.30am)
Pada hari ketiga, semangat untuk pulang ke rumah semakin dirasai. Semua barang keperluan telah dikemas lebih awal bagi mengelakkan ada barang yang tertinggal. Tepat jam 5.00am, kami diminta datang ke surau untuk qiamulail, solat subuh dan tazkirah subuh.
Selesai di surau, kesemua peserta berkumpul di tempat letak kereta untuk senaman pagi. Selepas itu, kami diminta ke kantin untuk sarapan pagi.
(8.30am - 9.30am)
Sesi 11 LDK 5 (Race Againts Time)
Pada sesi ini, setiap kumpulan diberikan satu senarai stesen yang perlu kami lalui. Terdapat 6 stesen. Setiap stesen dikendalikan oleh seorang fasilitator dan setiap fasilitator mempunyai permainan mereka sendiri. Permainan yang menarik perhatian saya ialah permainan di stesen En. Fahmi, Miss Nadia dan En. Os. Namun kumpulan kami tidak sempat singgah di stesen En. Hazwan kerana kehabisan masa.
(9.30am - 12.00am)
Setelah permainan selasai, kami dibenarkan pulang ke dorm untuk mengemas barang, membersihkan diri dan sebagainya.
Selesai di dorm, kami diminta berkumpul semula di dalam dewan untuk majlis penutupan dan minum pagi. Sesudah minum pagi, kami diarah berkumpul di kantin untuk makan tengahari. Siap makan, diadakan sesi bergambar.
Akhirnya, tepat jam 12.00am, kami pun bertolak pulang.
kpakk
kem bina insan guru

Thursday, 28 January 2016
KEMAHIRAN BERPASUKAN
Perbezaan
Kerja Berkumpulan
- melakukan kerja masing-masing dalam kumpulan, tidak mempunyai matlamat yang sama - tujuan mendapat ganjaran
Kerja Berpasukan
- melaksanakan tugas bersama dalam pasukan untuk mencapai matlamat yang sama
- mempunyai garis panduan & atur cara yang ditetapkan untuk mencapai matlamat bersama
- mempunyai garis panduan & atur cara yang ditetapkan untuk mencapai matlamat bersama
Konsep Pasukan
- perubahan yang perlu dilakukan oleh pemimpin untuk menggerakkan aktiviti organisasi
- sering di kaitkan dengan persamaan, tanggungjawab dan perkongsian visi
Definisi Pasukan
- 1 unit kumpulan orang yang mempunyai 2 atau lebih ahli yang saling berinteraksi dan menyelaras kerja-kerja mereka untuk mencapai matlamat
Kitaran Pembentukan Pasukan
i. pembentukan (forming)
ii. pencetusan (storming)
iii. penormaan (norming)
iv. prestasi (performance)
v. penangguhan (adjourning)
Dinamika Perkembangan pasukan
1. Permulaan
- belum saling mengenali
- rasa tidak selamat
- memerhati & mendiamkan diri
- mungkin bertindak agresif
2. Konflik
- banyak salah persepsi
- banyak slah komunikasi
- banyak perbezaan idea
- kegagalan mengawal konflik
- berlaku rasa tidak puas hati
- keluar dari pasukan
3. Penyesuaian
- menyesuaikan komunikasi
- kenalpasti peranan sesuai menyumbang kepada pasukan
- beri lebih empati
- perbetulkan persepsi
4. Produktiviti (Hasil)
- komunikasi lancar
- kebajikan ahli diberikan perhatian
- melaksanakan & menyelesaikan tugasan
- mencapai matlamat kumpulan
5. Kejayaan / Penamat
- kepuasan tercapai
- meraikan kejayaan
- merancang projek baharu
- meninggalkan kumpulan untuk peningkatan diri
Jenis-jenis Pasukan
i. formal
ii. arahan
iii. tujuan khas
iv. pasukan maya
v. pasukan global
Ciri-ciri Pasukan Berkesan
1. perkongsian tujuan dan maklumat
2. kepimpinan
3. jelaskan kemahiran dan tanggungjawab ahli
4. menyediakan peraturan sebagai panduan
5. komunikasi terbuka
6. kepimpinan yang di kongsi
7. hapuskan virus konflik
8. percaya antara satu sama lain
9. kerap menilai pasukan kerja
10. membentuk jaringan
11. beri ganjaran satu sama lain
Cabaran menguruskan pasukan
- 4 perkara penting untuk menggerakkan pasukan
i. kesediaan menerima pelbagai pendapat, maklumat dan pendekatan
ii. kebebasan membuat pilihan tanpa di pengaruhi oleh orang lain
iii. memberi kepercayaan untuk membuat keputusan berdasarkan keilmuan
iv. ruang untuk menerbitkan karya-karya berasaskan pandangan peribadi
Personaliti Mengukuhkan Pasukan
1. Peranan pemerhati pasukan
- penggalak/perangsang (encourager)
- pengharmoni (terima perbezaan/konflik tetapi tidak bertelagah) - (harmonizer)
- bertolak ansur - (compromiser)
- penentu kualiti kerja/piawai - (standard setter)
- pemerhati - (group observer)
- pelindung - (gate keeper)
- pengikut - (follower)
2. Peranan pemimpin pasukan
- jujur terbuka
- standard pengurusan tinggi
- mempertahankan nilai murni & kepercayaan
- segera berhadapan dengan isu
- menggunakan pembahagian tugas
- boleh menerima & senang di temui
- bertanggungjawab (membuat kerja tanpa di suruh)
- menggunakan pertimbangan yang wajar
- memberi kepercayaan & sokongan
- mewujudkan matlamat (jangka pendek) & objektif (jangka pendek) yang jelas
Personaliti Membunuh Pasukan
1. Faktor membunuh
* hubuliah
- cenderung menonjolkan diri dalam pasukan
* bangga diri
- sombong, takbur dengan kebolehan diri
* kedekut
- masa, tenaga dan kebendaan
* semua perbuatan jahat & curang
- tidak amanah, khianat & hasad dengki
2. Peranan keindividuan
- aggresor / exploder
- blocker / complainer
- recognition seeker
- self contesser
- loner
- domination / dictator
- fragile
- back stabber
- the professor
Kepimpinan dalam organisasi
- proses mempengaruhi orang lain untuk mencapai matlamat organisasi
- fungsi penting untuk menjamin aktiviti organisasi berjalan dengan teratur dan sempurna dalam suasana harmoni
Kemahiran membuat keputusan
- 4 peranan yang menghuraikan pengasas sebagai pembuat keputusan:
i. sebagai usahawan
- memperbaiki unitnya & menyesuaikan dengan keadaan persekitaran yang berubah-ubah
ii. sebagai pengawal gangguan
- mengambil tindakan tertentu untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi bertambah teruk & tidak terkawal
iii. sebagai pembahagi sumber
- menentukan masanya kepada kakitangan supaya dapat berhubung
- nadi pembuat keputusan
iv. sebagai perunding
- menghabiskan masa sewajarnay dalam perundingan
- mempunyai autoriti & maklumat yang cukup untuk mengadakan perundingan

KEMAHIRAN INTERPERSONAL
Konsep
* komunikasi antara individu dengan individu lain yang berkomunikasi dengan sekumpulan individu lain di mana mereka saling bertukar pendapat, gerak, isyarat/simbol dengan tujuan untuk memberi dan bertukar maklumat
* sentiasa bergerak dan sentiasa mempengaruhi antara satu sama lain
* mempunyai makna yang tersurat dan tersirat
2 Ciri Utama
i. peringkat maklumat
- penyampaian fakta, idea dan pandangan
ii. peringkat perhubungan
- mewujudkan hubungan perasaan, sikap dan nilai
Pra syarat komunikasi interpersonal berkesan
i. membina hubungan sosial
ii. wacana ilmu
iii. perundingan
iv. kerjaya
v. komuniti
vi. bimbingan
Perlakuan menyekat
i. menyekat dan memerintah
ii. amaran dan ancaman
iii. beri nasihat - harus/tidak harus
iv. beri penyelesaian/cadangan
v. mengejek/melabel nama
Perlakuan menyokong
i. senyap
ii. respon yang minima
iii. kedudukan fizikal badan
iv. menggalakkan (meluahkan perasaan/bercakap)
v. mendengar dengan aktif
Zon jarak komunikasi interpersonal
Zon intim
15cm - 46cm
Pasangan & Keluarga
Zon peribadi
46cm - 1.2m
Kawan-kawan & sahabat
Zon sosial
1.2m - 3.6m
Membeli-belah, terima surat dari posmen
Zon awam
3m - 6m
Ceramah / kuliah
Kemahiran Mendengar & Ciri-ciri Mendengar
Definisi
* keupayaan mendengar dengan teliti, memahami perkara yang di dengar dalam pelbagai situasi serta dapat memberi maklum balas
3 Peringkat Kemahiran Mendengar
Awal
- mengecam, mengajuk dan memilih bunyi
- mendengar, mengecam makna perkataan, rangkai kata, frasa & ayat
- menjawab soalan dengan mudah
Pertengahan
- mengecam & mengingat fakta
- mengenal informasi spesifik
- mengesan urutan
- proses mengenal sebab & akibat
- mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi
- mengenal sikap & perasaan orang yang sedang bercakap
Maju
- mengenal isi-isi penting
- mengenal peranan & hubuungan
- mentafsir
- mencari jalan penyelesaian
- mengikut aliran dalam dialog
Jenis-jenis kemahiran mendengar
1. Mendengar secara aktif
- mendengar secara interaktif
- melibatkan kedua-dua pihak iaitu penutur & pendengar yang masing-masing berperanan secara aktif semasa sesi perbualan tersebut
Ciri-ciri kemahiran mendengar secara aktif
i. intensif
ii. empati
iii. membina kemahiran mendengar
iv. membina kemahiran bertindak balas
2. Mendengar secara pasif
- tidak melibatkan tindak balas secara langsung oleh pendengar
Interpretasi Badan
* melibatkan kedudukan fizikal pergerakan badan serta tangan & ekspresi wajah
Kepentingan memahami komunikasi badan
- memberi gambaran tentang personaliti seseorang individu
- salah satu kounikasi bukan lisan
Jenis komunikasi badan
Komunikasi tangan
- tangan & muka
- tangan & badan
- tangan bersalaman
Komunikasi muka
- senyuman
- renungan mata
Komunikasi kepala
Komunikasi Renungan Mata
i. mengelakkan bertemu mata dengan individu lain - tidak berminat/berbohong
ii. renungan mata difokuskan kepada bahagian kedua belah mata hingga dahi individu yang berbual dengannya - hal kerja & perniagaan
iii. renungan mata di sekitar mata, hidung & mulut - santai & sosial
iv. renungan mata di sekitar mata, hidung hingga dada - intim & peribadi
Wednesday, 27 January 2016
KOMUNIKASI
Definisi
Komunikasi pada asalnya bermula dari bahasa Latin iaitu Communis yang bermaksud "sama". Terdapat juga istilah bahasa Inggeris iaitu Common yang membawa maksud "sama". Secara umumnya, komunikasi adalah proses menciptakan suatu kesamaan pemikiran di antara pengirim dan penerima.
Komunikasi berkesan pula bermaksud satu proses penyampaian maklumat dari penyampai kepada penerima yang akan menghasilkan maklum balas dan tindak balas.
Komunikasi boleh berlangsung mengikut pelbagai kategori iaitu:
1. Komunikasi Intrapersonal
- bermonolog dengan diri sendiri untuk membuat pilihan/keputusan dalam diri sendiri (perasaan/nilai/iman)
2. Komunikasi Interpersonal
- komunikasi antara dua orang secara tidak formal
3. Komunikasi Kumpulan Kecil
- sepuluh orang ke bawah secara formal/tidak formal untuk mendapatkan satu persetujuan/keputusan tentang sesuatu perkara
4. Komunikasi Awam
- di kenali sebagai pengucapan awam (seorang kepada ramai orang)
- pergualan dengan orang awam
5. Komunikasi Massa
- sebaran umum menggunakan alat media berbentuk sehala dan betrindak balas mengambil massa
6. Komunikasi Organisasi
- komunikasi yang berlaku dalam organisasi antara majikan dengan pekerja/sesama pekerja
Proses Komunikasi

Elemen Komunikasi
a. penyampai
- individu yang menunujukkan perlakuan berkomunikasi melalui perkataan lisan dan buka lisan
b. penerima
- individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampai maklumat
c. maklumat/mesej
- maksud/fakta/niat yang difahami oleh penerima maklumat
d. maklum balas
- perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesej sebagai tindak balas kepada mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej
e. saluran
- media penyampai maklumat dan pemberi mesej kepada penerima mesej
- saluran paling asas melalui pendengaran dan penglihatan
- saluran-saluran tambahan : media elektronik, lukisan di kanvas, bahan cetakan dan sebagainya
f. konteks (persekitaran/situasi)
- keadaan (situasi) penyampai mesej daripada pemberi mesej kepada penerima mesej
Kepentingan Komunikasi Berkesan
i. menjimatkan masa
ii. sama hala tuju dan matlamat
iii. memudahkan perubahan
iv. memanfaatkan intelek manusia
v. sistem kawalan efektif
vi. mengurangkan kesilapan
vii. kepimpinan berkesan
viii. kerja berbaloi hasilnya
Faktor-faktor penghalang serta cara menghadapinya
1. Faktor Dalaman
a. pengalaman
b. sikap
c. pengetahuan
d. emosi
e. kepercayaan
f. kepentingan
2. Faktor Luaran
a. cuaca
b. masa
c. fizikal
d. suhu
e. bunyi
Cara untuk mengatasi gangguan dalam komunikasi
1. berlatih untuk mempunyai fikiran yang terbuka
2. mewujudkan kepercayaan terhadap individu yang terlibat dalam proses komunikasi
3. kikiskan segala prasangka terhadap individu-individu lain
4. jangan biarkan pengalaman silam menguasai pemikiran
5. anggap setiap yang disampaikan penting
6. pastikan mesej yang hendak disampaikan jelas dengan struktur bahasa yang mudah di fahami
7. komunikasi pada masa dan cuaca yang sesuai
8. komunikasi pada tempat dan suhu yang selesa
Komunikasi Verbal (lisan)
- menggunakan suara dan bahasa yang difahami oleh penyampai ddan penerima
- jenis komunikas lisan:
i. perbualan
ii. perbincangan
iii. ucapan
iv. pembentangan
v. mesyuarat
Ciri komunikasi lisan yang berkesan:
i. menyatakan objektif komunikasi dengan jelas
ii. bertujuan untuk membina kemesraan
iii. buang segala halangan fizikal (jarak/sekatan) dan psikologi (perasaan)
iv. belai komunikasi - fizikal (sentuhan) dan psikologi (perasaan)
Unsur fizikal dalam komunikasi lisan
i. jabat tangan, pandang tepat di muka dan senyum
ii. pastikan jarak perbualan yang sesuai
iii. pegang, belai, urut
iv. dengar dengan bersungguh-sungguh (supaya orang lain merasa diri mereka penting)
v. kekalkan hubungan mata
vi. beri hadiah, kad, nota dan sebagainya
Kebaikan dan keburukan komunikasi lisan
Kebaikan
1. mesej sampai tepat
2. maklum balas boleh diperoleh dengan cepat
3. komunikasi lisan kebanyakkan secara tidak formal dn kejujuran penghantar boleh dirasakan
4. lebih meyakinkan
Keburukan
1. penghantar yang tidak mahir mungkin tidak dapat menyampaikan mesej dengan baik
2. tiada rekod simpanan kerana berbentuk tidak nyata seperti bercakap
3. mesej tidak kekal
4. ambil masa lama
Komunikasi Non Verbal (bukan lisan)
* mesej yang diluahkan serta dipamerkan secara bukan linguistik
* komunikasi berlangsung dengan menggunakan:
- memek muka dan pergerakan mata
- gerak badan
- bahasa isyarat
- personaliti
Jenis komunikas bukan lisan
1. Kinestetik (pergerakan)
- gestures (tangan sahaja)
- postures (anggota badan lain)
- memek muka
- kontak mata
2. Proksemik (ruang & peribadi)
3. Para Linguistik (intonasi & nada suara)
4. Penampilan diri & imej
Kepentingan komunikasi bukan lisan
- kaedah utama melepaskan perasaan dan sikap kepada orang lain
- lebih dipercayai berbanding dengan mesej verbal & memainkan peranan penting dalam pembentukan hubungan antara perseorangan
Sifat-sifat komunikasi bukan verbal
- mempunyai nilai komunikasi
- kabur
- mempunyai banyak fungsi sosial
- terikat dengan budaya
- mesej melalui berbagai saluran
- berlaku tanpa disedari / tidak sengaja
- kesannya lebih berpengaruh
Kebaikan dan keburukan komunikasi bukan lisan
Kebaikan
1. mesej boleh disesuaikan dengan bakal penerima
2. tiada had penerima maklumat seperti akhbar
Keburukan
1. maklum bals tidak diterima dengan segera
2. kemungkinan penerima hanya memahami sebahagian mesej sahaja
Kaedah mewujudkan komunikasi berkesan berasaskan panduan komunikasi berkesan 7K
1. Kepercayaan
2. Konteks
3. Kandungan
4. Kejelasan
5. Keupayaan pendengar
6. Kaedah
7. Kesinambungan
PENGURUSAN DIRI
Mengurus Diri Melalui Pengurusan Masa
Bagaimana mencapai insan yang cemerlang?
i. mampu mengurus diri dengan baik
ii. mempraktiskan pengurusan masa efisienkpakk
iii. membentuk personaliti sihat
iv. mengurus stres secara berkesan
Masa begitu penting!!!!
Rasulullah SAW membahagikan masa kepada 4 iaitu:
i. umum
ii. khusus
iii, beribadah kepada Allah
iv. keluarga
Imam Al-Ghazali membahagikan masa kepada 3 iaitu:
i. masa lalu
ii. sekarang
iii. masa depan
4 Aspek Pengurusan Diri yang Berkesan
i. fizikal diri : keseimbangan jasad lahiriah
ii. emosi diri : kekuatan perasaan
iii. rohani diri : kekuatan dalaman
iv. mental diri : kekuatan fikiran
Pengurusan Masa Yang Cekap
i. meningkatkan produktiviti diri
ii. memastikan pencapaian matlamat diri
iii. membentuk kehidupan yang seimbang
iv. mengurangkan stres
v. mendapat lebih masa lapang
Keperluan Bagi Memastikan Pengurusan Yang Baik
1. mengenal pasti apa yang strategik bagi diri anda
2. tetapkan matlamat dan tindakan
3. jangan bertangguh
4. buat perancangan rapi-tahunan, bulan, minggu dan harian
5. utamakan tugas yang penting
6. amalkan teknik pengurusan terbaik
7. gunakan alat yang boleh menjimatkan masa
8. bersiap sedia pada setiap ketika
9. tertibkan ruang kerja anda
10. kurangkan risau
Punca-punca Pembaziran Masa
1. tiada jadual kerja yang sistematik
2. kerja yang tidak dirancang
3. sanggup menjadi pak sanggup
4. tiada kemahiran belajar
5. tiada semangat untuk belajar
6. tiada disiplin diri
7. gangguan daripada kawan-kawan
Panduan Pengurusan Masa
1. menetapkan keutamaan
2. jangan menangguh kerja
3. mengurus penggunaan secara berkesan
4. menjadikan mesyuarat berkesan
5. belajar deligasi
6. uruskan orang secara bijaksana
7. boleh buat keputusan
8. utamakan kertas kerja yang mustahak
9. jauhi gangguan yang tidak perlu
bina insan guru
Definisi
Pengurusan masa adalah bidang yang sedang pesat berkembang dalam kehidupan individu atau pengurusan organisasi. Pengurusan masa yang efektif adalah satu aspek pemangkin kepada kecemerlangan individu atau sesebuah organisasi. Ia juga boleh diertikan sebagai suatu ilmu yang berkaitan dengan tekinik dan cara seseorang itu mengurus, membahagi dan mengatur masa hariannya supaya dapat di manfaatkan dengan sebaik-baiknya.
i. mampu mengurus diri dengan baik
ii. mempraktiskan pengurusan masa efisienkpakk
iii. membentuk personaliti sihat
iv. mengurus stres secara berkesan
Masa begitu penting!!!!
Rasulullah SAW membahagikan masa kepada 4 iaitu:
i. umum
ii. khusus
iii, beribadah kepada Allah
iv. keluarga
Imam Al-Ghazali membahagikan masa kepada 3 iaitu:
i. masa lalu
ii. sekarang
iii. masa depan
4 Aspek Pengurusan Diri yang Berkesan
i. fizikal diri : keseimbangan jasad lahiriah
ii. emosi diri : kekuatan perasaan
iii. rohani diri : kekuatan dalaman
iv. mental diri : kekuatan fikiran
Pengurusan Masa Yang Cekap
i. meningkatkan produktiviti diri
ii. memastikan pencapaian matlamat diri
iii. membentuk kehidupan yang seimbang
iv. mengurangkan stres
v. mendapat lebih masa lapang
Keperluan Bagi Memastikan Pengurusan Yang Baik
1. mengenal pasti apa yang strategik bagi diri anda
2. tetapkan matlamat dan tindakan
3. jangan bertangguh
4. buat perancangan rapi-tahunan, bulan, minggu dan harian
5. utamakan tugas yang penting
6. amalkan teknik pengurusan terbaik
7. gunakan alat yang boleh menjimatkan masa
8. bersiap sedia pada setiap ketika
9. tertibkan ruang kerja anda
10. kurangkan risau
Punca-punca Pembaziran Masa
1. tiada jadual kerja yang sistematik
2. kerja yang tidak dirancang
3. sanggup menjadi pak sanggup
4. tiada kemahiran belajar
5. tiada semangat untuk belajar
6. tiada disiplin diri
7. gangguan daripada kawan-kawan
Panduan Pengurusan Masa
1. menetapkan keutamaan
2. jangan menangguh kerja
3. mengurus penggunaan secara berkesan
4. menjadikan mesyuarat berkesan
5. belajar deligasi
6. uruskan orang secara bijaksana
7. boleh buat keputusan
8. utamakan kertas kerja yang mustahak
9. jauhi gangguan yang tidak perlu
bina insan guru
Subscribe to:
Comments (Atom)